Wednesday 27 December 2017

Video Pilihan




CERAMAH UAI : CARA MENASIHATI KAWAN UNTUK MENUTUP AURAT

 

TEEGA : NAK ISTIQAMAH DALAM PERUBAHAN





TEEGA : ISU MASALAH PELAJAR DI SEKOLAH (KES IBU BAPA SAMAN GURU)

Monday 25 December 2017

Teknologi Pendidikan


Contoh PdP Pendidikan Islam








PENDIDIKAN ISLAM Tingkatan 4 - Sirah: Perkembangan Ketenteraan Kerajaan Bani 

Ummaiyyah







PEMBELAJARAN ABAD KE 21

REKABENTUK TEKNOLOGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


    1)       PENGGUNAAN ECO SMART DAN PAPAN INTERAKTIF


2)      PENGGUNAAN VISUAL CAMERA




3)      PENGGUNAAN  PETA PEMIKIRAN/ I-THINK 





STRATEGI PdP KREATIF  : PEMBELAJARAN ABAD KE-21


1)    TEKNIK : JIGSAW



2)     STRATEGI PdP ALAF 21 : ISRA' MIKRAJ




3)      GALLERY WALK


4)      3 STRAY 1 STAY



5)      ROUNDTABLE




6)    ROLE PLAY



7)       SIMULASI





8)       EKSPERIMEN





9)      KAJIAN LAPANGAN




10)      WAYANG KULIT CAHAYA








Thursday 21 December 2017

Refleksi Pelajar



FAZIATUL HAFIZA BINTI ROSNEN  (4161003441)


Pembelajaran yang disampaikan oleh pensyarah sangat memberansangkan, tambahan pula beliau sangat membantu kami dalam menjalankan tugasan secara berkumpulan mahupun tugasan individu. Tugasan berkumpulan seramai tiga orang dalam satu kumpulan merupakan satu nikmat yang tidak terperi bagi saya, terutamanya apabila mendapat ahli kumpulan yang mempunyai komitmen dalam melaksanakan tugasan yang telah diberikan. Segala urusan dalam mencari sumber rujukan dan perbincangan serta pembahagian tugasan yang diagihkan telah berjaya dilaksanakan dengan lancar kerana masing-masing memainkan peranan mereka.






NUR SUHAINI BINTI FADZLI (4161002021)


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah dan bersyukur kepada Allah dengan limpah dan kurnianya dapat saya meneruskan perjalanan saya menjadi seorang pelajar. Sepanjang berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik kuliah yang disampaikan oleh pensyarah, saya telah menerima banyak faedah yang berguna dan baik untuk diri saya sebagai bakal seorang pendidik. Setelah membuat banyak rujukan dan perbincangan bersama rakan  seperjuangan, saya  mula  merasai kepentingan rekabentuk pengajaran dan teknologi ini terhadap diri saya sebagai seorang bakal pendidik, satu hari nanti. Semua ilmu ini pasti  saya  perlukan untuk melaksanakan tugas harian sebagai seorang guru yang pasti begitu mencabar. Melalui pembelajaran RBT ini, sedikit sebanyak telah membantu saya dalam membuat persediaan dalam menghadapi dunia perguruan, Inshaa Allah. Dengan segala pengalaman dan ilmu yang telah saya  perolehi dengan izin Allah, saya akan praktikkan sebaik mungkin  bagi melahirkan modal insan yang sempurna.



                                                      


SITI NOR AISHAH BINTI HUSSIN (4161003051)

Alhamdulillah, syukur kami ke hadrat Yang Maha Esa, kerana dengan limpah kurnianya kami dapat menyiapkan tugasan ini walaupun dibatasi masa yang terhad lantaran kesibukan tugas seharian. Melalui segala pengalaman dan ilmu-ilmu baru yang telah saya perolehi, dengan izin Allah SWT, saya akan praktikkan sebaik mungkin di sekolah dan dalam proses P&P. Setelah  banyak membuat pencarian untuk mendapatkan maklumat akhirnya  tugasan ini dapat disiapkan. Subjek ini banyak membantu saya bagaimana untuk mengaplikasikan teknologi dalam pembelajaran seiring dengan perkembangan teknologi. Selain itu, melalui tugasan yang saya laksanakan bersama rakan-rakan telah membuatkan hubungan silaturrahim antara kami semakin rapat. Sikap toleransi, bekerjasa sama, dan disiplin antara pensyarah dan semua rakan-rakan juga dapat di tingkatkan melaui proses membuat tugasan  ini. Saya mula lebih mengenali sikap dan sahsiah rakan-rakan dan cara pengajaran pensyarah dan hal ini sekaligus mengukuhkan hubungan dua hala kami. Tambahan pula, pengalaman berinteraksi bersama pensyarah dan rakan-rakan bagi melaksanakan tugasan ini membolehkan saya memperbaiki dan meningkatkan cara saya berkomunikasi. Hal ini sekaligus dapat melatih saya untuk berkomunikasi dengan baik dan membuat persediaan untuk menjadi seorang guru yang berkualiti. Selain itu, tunjuk ajar yang diberikan oleh  pensyarah dalam proses menyiapkan tugasan  ini membolehkan saya memperbaiki kelemahan yang terdapat pada diri saya dan tidak akan mengulanginya lagi pada masa hadapan.






UMIZATUL IRADAH BT MOHED (
4151001041)


Saya telah mendapat ilmu dan pengalaman baru dalam kursus ECS 3143 Rekabentuk Pengajaran & Teknologi. Sesungguhnya pengalaman ini amat bermakna buat diri saya. Saya merupakan seorang pelajar part time dan juga seorang guru sepenuh masa di SRA Integrasi. Dengan adanya ilmu baru yang saya perolehi daripada kursus ini, saya dapat memperbaiki mutu kualiti pengajaran saya. Seiring dengan hasrat Kementerian Pendidikan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 yang menyeru kepada warga pendidik supaya mempersiapkan diri dengan kemahiran terkini dalam pengajaran dan pembelajaran abad ke-21, kursus ini juga membantu saya dan bakal-bakal guru yang lain dalam mencari pendekatan, kaedah, strategi, dan teknik pengajaran baharu agar murid-murid pascamerdeka ini mendapat pembelajaran yang bermakna. Alhamdulillah semua tugasan yang diberikan sama ada tugasan individu dan tugasan kumpulan dapat diselesaikan dengan bimbingan yang hebat oleh pensyarah kursus ini iaitu Encik Khairul Alrashid bin Mohd Nawi. Semoga ilmu yang beliau berikan dapat saya jadikan bekalan sepanjang bergelar pelajar dan guru. Harapan saya semoga selepas ini saya akan terus istiqamah dalam menyampaikan ilmu-ilmu yang bermanfaat kepada anak-anak didik saya dalam mencari keredhaan Allah di dunia dan akhirat. 





ROSIAH YATI BT ROSNON (4151000891)

Saya merupakan seorang guru sepenuh masa di Sekolah Rendah Agama Integrasi Bandar Baru Kuala Selangor. Saya juga adalah merupakan pelajar separuh masa di UNISEL. Setelah 10 minggu mempelajari kursus reka bentuk dan teknologi pengajaran, berbagai ilmu telah saya perolehi bagi meningkatkan lagi pengajaran saya di sekolah. Selama ini saya mengajar tidak menggunakan model pengajaran yang betul tetapi setelah saya mempelajari pelajaran reka bentuk dan teknologi pengajaran, saya telah mengetahui dua jenis reka bentuk pengajaran iaitu Model ADDIE dan Model ASSURE. Pendidik perlu memikul tanggungjawab untuk membolehkan pelajar belajar dengan seronok dengan menggunakan pelbagai kaedah dan teknik yang sesuai dengan tahap kebolehan mereka semasa pengajaran dan pembelajaran. Kursus ini juga mendedahkan saya kepada penggunaan asas grafik yang tepat seterusnya memperolehi kemahiran mengintegrasikannya serta mengaplikasikan dalam menghasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran yang baik. Apabila masa pengajaran dirancang sesuai untuk memenuhi keperluan pelajar, maka masa pembelajaran dapat menghabiskan isi kandungan yang ingin disampaikan. Dapatan pengajaran berasaskan model ASSURE telah menunjukkan semangat belajar dalam kalangan pelajar dengan adanya bahan gunaan dan media. Kumpulan murid yang suka membuat bising telah menunjukkan minat untuk menyiapkan tugasan yang diberi kerana mereka bukan sahaja mendapat tugasan yang selaras dengan kebolehan mereka tetapi penggunaan media dan bahan yang sesuai membuatkan penglibatan pelajar dalam pelajaran sangat membanggakan dan menyeronokkan. Tumpuan dan bimbingan guru yang prihatin dan berterusan telah membantu pelajar menjadi lebih yakin untuk melibatkan diri dengan aktiviti yang dijalankan. Pilihan kaedah pengajaran, pilihan media dan bahan menyebabkan pelajar dapat dikawal kerana pelajar telah menunjukkan minat untuk belajar. Akhir kata, terima kasih kepada pensyarah yang tidak jemu memberi ilmu yang berguna kepada saya. Jasa beliau tidak dapat dibalas dengan wang ringgit. Semoga Allah merahmati beliau.





ROHANIZAN BT ALI (4151003611)

Pada awal pembelajaran, saya berasa subjek reka bentuk ini adalah satu subjek yang sangat membosankan. Namun, keadaan tersebut berubah sedikit demi sedikit apabila saya dapat menambah pengetahuan saya tentang perkara-perkara baharu yang berkaitan dengan reka bentuk pengajaran. Subjek reka bentuk pengajaran yang saya pelajari ini merupakan satu akses dan pemangkin untuk saya meningkatkan kualiti PdP saya sebagai guru di SRAI Bandar Baru Kuala Selangor khususnya dan sebagai pelajar part time UNISEL amnya. Apatah lagi dalam mewujudkan kelas abad 21, seseorang guru perlu mempunyai skill atau ilmu pengajaran yang mantap dan mampu menarik minat para pelajar agar guru akan dihormati dan dipandang tinggi oleh mereka. Dalam era teknologi dan globalisasi kini, segala maklumat mampu diaplikasikan melalui hujung jari dan oleh itu para pelajar pada masa kini bijak memperoleh pelbagai maklumat. Oleh yang demikin, para guru perlu mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu kemahiran PdP untuk menghasilkan suasana pembelajaran yang boleh mengelakkan masalah disiplin dan memudahkan kawalan kelas sewaktu sesuatu PdP berlaku. Selain itu, sifat tidak lokek ilmu, sentiasa membantu, optimis, dan sentiasa memahami situasi dan keadaan pelajar dalam diri pensyarah juga merupakan salah satu faktor yang mendorong saya meminati subjek ini dan berharap agar saya juga mampu menjadi seperti beliau. Terima kasih yang tidak terhingga atas jasa dan pengorbanan pensyarah yang sudi mengajar dan melayan karenah pelajar-pelajar lanjut usia ini. Semoga Allah memberkati kehidupan beliau sekeluarga hingga ke jannah.





MUHAMMAD KASMAN BIN HASSAN (4161001561)

Dalam mempelajari kursus Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi Pendidikan (ECS 3143) ini, pelbagai teori, pendekatan serta kemahiran yang berguna telah saya perolehi dan akan saya aplikasikan di alam PdP kerana dengan perkembangan teknologi ICT, menjadikan saya lebih kreatif dalam menjalankan proses PdP kepada murid-murid nanti. Tugasan individu dan tugasan kumpulan yang diberikan oleh pensyarah dapat memberikan kefahaman yang lebih mendalam terhadap kursus ini. Justeru, saya selaku pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pengajian Islam) berasa betapa pentingnya mempelajari dan menguasai kursus ini. Saya bersyukur kepada Allah kerana diberikan kesempatan dan peluang mempelajari kursus ini serta terima kasih juga diucapkan kepada pensyarah di atas ilmu yang diberikan oleh beliau dan akan saya manfaatkan ilmu ini untuk anak didik saya kelak.








NADWATUL AJMAL BINTI MOHD AMRAN (4161001481)

Hasil daripada subjek Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi Pendidikan (ECS 3143) amat membantu saya dalam menggunakan aplikasi ICT. Ia adalah satu proses yang menggalakkan guru membuat pertimbangan tentang pemilihan strategi pengajaran dan media, khususnya dalam mengajar pelajar untuk masa hadapan sebagai bakal guru (pengajian islam). Oleh hal demikian saya amat berterima kasih kepada pensyarah saya Khairul Alrashid bin Mohd Nawi yang bukan sahaja mengajar teori sahaja seperti model ADDIE, ASSURE dan sebagainya. Tetapi menunjukkan cara / practical kepada kami bagaimana menggunakan ICT sebagai media pengajaran dan pembelajaran. Pelbagai ilmu baharu yang saya dapat hasil daripada kerjasama antara kawan-kawan, malah kawan-kawan sering membantu saya disaat saya tidak memahami sesuatu perkara tentang subjek ini. Dengan izin allah, saya akan mempraktikkan apa yang telah diajar oleh pensyarah di sekolah pada masa hadapan agar selaras dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan pelajar abad ke-21 yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.









NOR FATIHAH BINTI RAMLI (4161001521)


Pada mulanya, apabila mempelajari subjek ECS 3143 Reka Bentuk Pengajaran & Teknologi ini, saya agak begitu bimbang dan tercabar untuk mempelajarinya kerana memikirkan mata pelajaran ini susah. Tetapi apabila mempelajarinya, subjek ini memberi  banyak faedah dan manfaat untuk saya. Dalam mempelajari mata pelajaran ini, banyak ilmu dan pengetahuan tentang reka bentuk pengajaran dan teknologi dapat saya perolehi yang berkaitan model-model pengajaran, jenis-jenis media yang bersesuaian dalam pembelajaran dan pengajaran, teori-teori dan lain-lain yang berkaitan dengan reka bentuk. Ilmu yang saya perolehi ini akan dapat membantu saya dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti di  sekolah pada masa akan datang. 






NADZIRAH BINTI MOHD SALLEH (
4161006612)

Pertama sekali saya bersyukur kerana subjek ini ditawarkan dalam kursus Ijazah Sarjana Muda Pedidikan (Kepujian) (Pengajian Islam). Pelbagai manfaat yang telah saya perolehi dalam sesi pembelajaran ini. Pelbagai ilmu atau input yang saya perolehi dimana ia boleh diaplikasikan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Saya juga didedahkan dengan model-model reka bentuk pengajaran seperti ‘ASSURE’ dan ‘ADDIE’. Pengetahuan sedia ada berkaitan subjek ini mampu membantu guru mewarnai sesi pengajaran agar dapat menarik minat pelajar untuk belajar. Tambahan pula, guru digesa agar menjadi seorang yang kreatif agar objektif pengajaran dapat dicapai. Saya berharap subjek ini dapat diteruskan agar dapat membantu pelajar semasa menjalani sesi praktikal di sekolah nanti.










                                        MUHAMMAD AZRAI DAINEL RAYME (4161005051)



Bismillahirahmanirahim.
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan syukur terhadap Ilahi kerana telah diberi peluang untuk mempelajari subjek Reka Bentuk dan Teknologi ini. Pelbagai  input yang telah saya pelajari terutamanya dalam penggunaan media teknologi. Sesungguhnya penggunaan media dan penggunaan teknologi ini mampu menarik minat para pelajar dan memberi impak dan keberkesanan kepada pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, saya juga telah didedahkan dengan model-model reka bentuk pengajaran seperti model ASSURE dan model ADDIE, dimana dapat membantu saya dalam panduan pengajaran berkesan. Terima kasih :)☺





MUHAMMAD AMIRUL HAKKIM BIN MOHD RAFI (4161006241)

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah kerana saya dapat mempelajari kursus Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi (ECS 3143). Sepanjang sesi pembelajaran, subjek ini banyak memberi hasil kepada saya dari segi teknik pembelajaran dan pengajaran antaranya pengajaran yang mudah kepada murid-murid mengunakan teknologi seperti penggunaan LCD, projektor dan sebagainya. Selain penggunaan power point dalam slide, terdapat penggunaan yang baru saya belajar seperti Prezi yang boleh diterapkan dalam sesi pembelajaran ini. Terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah yang banyak membantu sepanjang sesi pembelajaran dan rakan-rakan sekelas yang juga membantu dalam segi idea dan tenaga. Semoga usaha yang dilakukan kita bersama akan membuahkan hasil dalam kehidupan kita akan datang. Akhir sekali, saya berharap subjek ini akan membantu dan memudahkan para pelajar serta dapat dikuasai oleh pelajar-pelajar pada masa akan datang.







AMIR ZAMRANI BIN AMIL AMRAN (4161001121)


Bismillahirahmanirahim. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, akhirnya berjaya juga menghabiskan sukatan pembelajaran subjek Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi Pendidikan (ECS 3143) pada semester ini.  Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah kerana telah membimbing dan mengajar serta berkongsi setiap ilmu yang terdapat dalam subjek ini. Pada awal pembelajaran subjek ini, saya diselubungi rasa gementar kerana pada sangkaan saya subjek ini agak sukar dan mencabar. Namun, fikiran saya terhadap subjek ini berubah setelah saya berjaya memahami setiap ilmu yang dipelajari. Pelbagai ilmu serta kemahiran telah saya perolehi ketika mempelajari setiap topik yang terdapat subjek ini. Subjek ini bertujuan untuk memfokuskan guru serta bakal guru untuk memanfaatkan penggunaan Teknologi Maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran agar pelajar-pelajar di sekolah dapat menerima pembelajaran dengan mudah. Saya sebagai pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian) Pengajian Islam merasakan bahawa, subjek ini sangat penting dan perlu dipelajari oleh setiap guru dan bakal guru. Semoga guru-guru yang mempelajari subjek ini dapat menggunakan kreativiti dan kemahiran yang dimiliki untuk menarik minat pelajar dengan memanfaatkan Teknologi Maklumat untuk mendapatkan hasil pengajaran yang berkesan serta objektif pembelajaran tercapai.








MOHAMAD KHAIRUL ASYRAF BIN RUSLI (4161003551)

Assalamualaikum, pertama-tama kalinya saya panjatkan kesyukuran kepada Allah kerana dengan izin-Nya saya dan rakan-rakan telah selesai mempelajari subjek ini dengan jayanya. Saya rasa sangat bertuah kerana limpah kurnia-Nya saya dapat memahami dengan baik subjek ini dan saya akan cuba mempraktikkan ilmu yang dipelajari ini seperti model reka bentuk pengajaran yang biasa digunakan dalam proses pemilihan dan penghasilan media iaitu Model ASSURE dan ADDIE. Gabungan antara keduanya iaitu pembinaan atau pemilihan bahan dan reka bentuk sistem pengajaran akan dapat memudahkan tugas guru dalam merangka program pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang berkesan. Penyampaian maklumat akan menjadi lebih mudah, menarik dan berkesan. Terima kasih tidak terhingga saya ucapkan kepada En. Khairul Alrashid bin Mohd Nawi selaku pensyarah bagi kursus ini yang telah memberi nasihat dan tunjuk ajar dalam menyempurnakan tugasan ini. Tidak ketinggalan terima kasih juga kepada ibu bapa saya yang memberi dorongan dan rakan-rakan yang sama-sama membantu dalam memberikan kefahaman kepada saya bagi subjek ini. Terima kasih.






NOR HAJAR BINTI MOHD ARIFF (4153000851)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Alhamdulillah bersyukur kepada hadrat Ilahi, dengan limpah kurnia dan syafaat junjungan Nabi Muhammad S.A.W, berkat doa guru-guru, ibu bapa serta sahabat-sahabat perjuangan sekalian, kami berpeluang untuk belajar subjek Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi Pendidikan pada semester ini. Subjek ini membantu saya untuk mengaplikasikan teknologi dalam menyampaikan pembelajaran di dalam kelas. Pengaplikasian teknologi dalam pengajaran membantu guru dalam proses pengajaran supaya pelajar lebih faham dan tertarik serta memberi keberkesanan terhadap sesuatu topik yang dipelajari. Guru perlu mencari idea untuk pembelajaran dan bahan bantu mengajar yang menarik untuk memotivasikan minat pelajar dan mewujudkan daya tarikan dalam proses pembelajaran. Pelbagai kaedah yang sesuai dan menarik dengan penggunaan teknologi seperti penggunaan media, video, gambar, animasi dalam bahan bantu mengajar sama ada semasa set induksi, semasa pengajaran malahan sepanjang proses pembelajaran. Terima kasih kepada pensyarah di atas bimbingan dan memberi pendedahan, tunjuk ajar serta komen yang positif serta idea dalam mengajar subjek ini.





MUHAMMAD AMIN BIN MOHAMMAD MOHDZIR  (4151006981)


Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana saya dapat mempelajari kursus Reka Bentuk Pengajaran & Teknologi Pendidikan (ECS 3143). Kursus ini mendedahkan saya untuk menggunakan teknologi dalam pendidikan. Diantara model dan teori yang dipelajari ialah model ADDIE dan model ASSURE. Kursus ini juga dapat membantu saya dalam menceburi bidang pendidikan lebih-lebih lagi dalam pendidikan alaf 21 ini. Oleh itu, saya menyarankan bidang ini perlu diperluaskan lagi terutamanya kepada bakal guru dan guru-guru yang mengambil pengkhususan Pendidikan 
Islam supaya menjadikan sesi P&P lebih berkesan bukan sahaja kepada guru malah kepada pelajar






MUHAMMAD HANIF BIN ZAINAL ADNAN (4151005641)

Assalamualaikum. Alhamdulillah saya bersyukur kerana diberi peluang untuk menuntut ilmu Reka Bentuk Pengajaran  & Teknologi Pendidikan (ECS 3143) di bawah bimbingan pensyarah di UNISEL pada semester 9.  Sejujurnya saya tertarik dengan teknik pengajaran yang diaplikasi oleh beliau di dalam kelas. Pada pandangan saya, sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam kelas harus dipelbagaikan. Tambahan pula, generasi pelajar pada hari ini lebih ke arah penggunaan teknologi semasa. Semua maklumat diperoleh dihujung jari. Diantara isi pembelajaran yang diajar yang sering bermain di dalam minda saya adalah teori pembelajaran Dale, Model ASSURE dan Model ADDIE. Beliau juga banyak mengajar kami tentang cara dan kaedah dalam menggunakan Microsoft Word dengan cara yang betul melalui tugasan assignment individu mahupun berkumpulan dengan lebih terperinci. Saya berharap pembelajaran yang diajar akan memberi impak yang positif kepada diri saya untuk menghadapi dunia luar.








MUHAMMAD KHAIRI BIN JANOM (4151005011)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Dunia pada hari ini penuh dengan pelbagai teknologi pendidikan baru setiap hari yang mana kadang kala ia tidak dapat diikuti seiring dengan kesibukan yang melanda ketika menjalankan amanah sebagai pendidik. Strategi pengajaran sentiasa berubah mengikut zaman bagi memaksimumkan pembelajaran murid di dalam bilik darjah. Pendekatan pendidik untuk menarik minat murid mempelajari apa yang diajar di dalam bilik darjah mestilah seiring dengan peredaran zaman. Barulah apa yang diajarkan mendatangkan kesan yang mendalam dan dapat diingati oleh murid. Dengan itu diharapkan blog Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi Pendidikan ini serba sedikit membantu bakal pendidik di dalam menetukan strategi, kaedah, pendekatan dan teknik pengajaran yang sesuai mengikut peringkat umur murid. Akhir kata, semoga blog yang disediakan oleh usahasama mahasiswa dan mahasiswi UNISEL dan diiringi oleh pemantauan pensyarah dapat mendatangkan manfaat kepada semua. Sekian terima kasih.






ABDUL AZIZ BIN KAMSANI (4153001461)

Assalamualaikum. Bersyukur kerana diberi peluang untuk mempelajari subjek Reka Bentuk Pengajaran & Teknologi Pendidikan bersama rakan-rakan dan dibimbing dibawah En. Khairul Alrashid bin Mohd Nawi. Subjek ini merupakan subjek yang menarik dan menyeronokkan kerana banyak maklumat baru yang saya dapat pelajari berkaitan teknologi pendidikan, selain daripada menggunakan Microsoft Office dengan cara yang betul.  Selain itu, banyak pendedahan tentang teori pembelajaran antaranya teori Dale, Model ASSURE dan Model  ADDIE yang boleh diaplikasikan di dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Sekian terima kasih.






FAIRUZA SHAHIRA BINTI ZAMRIDIN (4151004151)


Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum :)

Saya Fairuza Shahira Binti Zamridin bersyukur kerana diberi peluang untuk mempelajari subjek Reka Bentuk Pengajaran & Teknologi Pendidikan. Ini kerana dengan mempelajari subjek ini saya dapat mengetahui bagaimana media pengajaran ini boleh meningkatkan perhatian pelajar dalam PdP (pengajaran dan pembelajaran). Selain itu juga, saya dapat mengetahui bagaimana media pembelajaran ini dapat berfungsi dengan baik sebagai pemusat perhatian pelajar. Apalagi jika media pembelajaran itu bersifat menarik. Kami sebagai bakal guru boleh menggunakan media pengajaran ini sebagai platform untuk menarik perhatian pelajar misalnya dengan hanya membuat video yang menarik di hadapan kelas ketika memulai pembelajaran, dengan harapan pelajar akan selalu tumpu perhatiannya kepada hal-hal baru yang ditunjukkan atau dibawa oleh guru ke dalam ruang kelas. Jadi kami sebagai bakal guru tidak ragu untuk selalu menggunakan media pembelajaran di dalam aktiviti PdP. Selain itu, dengan mempelajari subjek rekabentuk ini juga dapat mempelbagaikan emosi pelajar. Contohnya, melalui satu video ringkas yang mengandungi ibrah, mungkin emosi pelajar terhadap suatu hal (dalam hal ini bahan pembelajaran) dapat dengan mudah difahami dengan menggunakan media pembelajaran. Misalnya , mereka dapat dengan cepat bersimpati dengan orang yang memiliki kekurangan fizikal dengan hanya menonton video singkat tentang seorang cacat yang harus dapat melakukan pelbagai kegiatan seharian secara kendiri. Dengan media pembelajaran juga, bakal guru dapat menjadikan pelajar mencintai ilmu dengan penuh kesenian, kesan daripada proses guru menyampaikan ilmu itu dalam bentuk yang menarik. Jika bakal guru ingin menggunakan media pembelajaran dan menjanjikan hasil yang efektif, maka bakal guru haruslah memilih media pembelajaran sesuai dengan tujuan pembelajaran. Media pembelajaran yang sesuai akan membantu pelajar memahami pembelajaran yang sedang dipelajari. Bagi peringkat mahasiswa pula, ia akan membantu mahasiswa mengorganisasikan informasi kerana berbagai media pembelajaran seperti media dalam bentuk powerpoint yang dirancang dengan sungguh-sungguh, menyajikan grafik atau dalam bentuk diagram dan ia juga dapat membantu mahasiswa mengorganisasikan masteri pembelajaran kendiri dengan lebih mudah. 






MOHD FAIZ ZAKWAN BIN FOZELI (4174018092)

Assalamualaikum. Pertamanya saya panjatkan kesyukuran kehadrat Ilahi kerana dengan taufiq dan hidayah-Nya dapat saya mempelajari dan menghabiskan kursus reka bentuk pengajaran dan teknologi dengan baik. Saya juga bersyukur dan berterima kasih kepada pensyarah kerana mengajar saya tentang kursus ini dengan baik serta memberikan ilmu yang sangat bermanfaat. Setelah saya mempelajari kursus reka bentuk dan teknologi ini, saya merasakan bahawa ilmu ini sangat penting bagi seorang guru di dalam dunia pendidikan. Reka bentuk pengajaran bermaksud suatu proses sistematik untuk mereka bentuk, membangun, melaksana, dan menilai pengajaran. Tujuan reka bentuk pengajaran adalah untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan bagi membolehkan pelajar memperoleh kemahiran serta menarik minat pelajar untuk belajar. Bagi saya, pengajaran yang dirancang dan teliti menjadikan pelajaran itu lebih sistematik serta tidak membazir dari segi masa dan juga tenaga. Saya berharap dengan mempelajari kursus ini, saya dapat mengaplikasikan di dalam pembelajaran dan pengajaran dengan lebih baik.






FAHMI ZARRIQ BIN FOZELI (4174018102)

Alhamdulillah syukur kita ke hadrat Ilahi  kerana dengan limpah dan kurniaNya masih diberi peluang dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Saya merupakan pelajar separuh masa di Unisel. Setiap hari Isnin hingga Jumaat saya akan mengajar di Sekolah Rendah Islam Integrasi Al Hikmah Alam Jaya. Jadi dengan segala ilmu yang saya pelajari di kuliah ini sedikit sebanyak dapat saya aplikasikannya di sekolah. Subjek ini juga membantu saya sebagai seorang guru untuk mengajar dengan menggunakan teknologi-teknologi yang sedia ada bagi meransang para pelajar belajar dengan seronok. Pensyarah juga tidak henti memberi bantuan dan dorongan kepada kami semua. Pelbagai kaedah pembelajaran yang dipelajari sepanjang mengikuti kuliah ini. Saya berharap dengan mempelajari kursus ini, saya dapat meningkatkan segala teknik pengajaran yang sedia ada kepada lebih baik serta melahirkan pelajar yang cemerlang pada abad 21 ini.





HUZAIFAH BIN BADRUL HISYAM (41513009561) 

Alhamdullilah bersyukur kehadrat Allah telah memberi kesempatan untuk menjalani kehidupan. Pertama-tama ucapan syukur kepada Ilahi kerana diberi peluang dan kesempatan untuk mempelajari subjek Reka Bentuk Pendidikan ini. Sepanjang sesi pembelajaran dengan pensyarah pembimbing, banyak input dan ilmu saya peroleh bukan sahaja ilmu akademik malah penerapan nilai sangat dititikberatkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Penggunaan media di dalam pendidikan sangat penting dengan pendedahan yang diberikan oleh pensyarah sangat membantu untuk pengajaran saya pada masa hadapan. Oleh itu, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu serta sudi mengajar kami. Akhir sekali, saya berharap kami dapat mengamalkan dengan ilmu yang telah diberikan.





SYAIFUL ANNUAR BIN HASSAN (4161004811)

Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah. Syukur kepada Allah kerana dengan inayah dan hidayahNya saya dan rakan seperjuangan diberi ruang dan peluang untuk mempelajari subjek Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi Pendidikan di dalam karier sebagai penuntut ilmu dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pengajian Islam). Marcapada ini, subjek ini adalah salah satu subjek yang penting dalam luasan bidang pengajaran. Ini kerana, bertepatan dengan kemajuan yang ada, sebagai warga pendidik seharusnya menyaingi keperluan yang ada untuk mencurahkan ilmu kepada anak bangsa. Teknologi dalam pendidikan tidak asing lagi dalam dunia pengajaran dan pembelajaran pada hari ini, sebagai contoh hari ini kita menggunakan media sebagai pembelajaran dan pengajaran. Terima kasih kepada En. Khairul Alrashid bin Mohd Nawi sebagai tenaga pengajar yang telah banyak mencurahkan ilmu kepada saya sepanjang mempelajari subjek ini.





RAIHAN BINTI MOHD AFANDI  4153003991


Assalamualaikum,Alhamdulillah  pertama sekali bersyukur kehadrat illahi kerana  saya dapat menghabiskan segala tugasan yang di beri oleh pensyarah dalam kursus ECS 3143 - Reka Bentuk Pengajaran & Teknologi Pendidikan.Tidak lupa juga kepada sahabat-sahabat  yang membantu dalam menyiapkan tugasan yang diberi.Subjek ini memberi ilmu yang baru  kepada saya tentang penggunaan teknologi di dalam bidang pendidikan.Selain itu,ia juga memberi sesuatu yang baru dalam penggunaan ict dalam pendidikan,selain daripada powerpoint yang selalu digunakan dalam pembentangan ia juga memperkenalkan prezi dan banyak lagi.Kursus ini juga memperkenalkan teori dan model dalam media iaitu model ASSURE dan ADDIE. Oleh itu, subjek ini memberi ilmu yang berguna kepada saya untuk mengaplikasikan di dalam pengajaran disekolah. Jutaan terima kasih kepada pensyarah kerana memberi ilmu tanpa jemu.





NUR FATHEEN ASYRAFI BINTI JAMARUDIN  4153009971

Bismillahirahmanirrahim,
Alhamdulillah dengan limpah dan kurniaNya saya diberi kesempatan untuk mempelajari Subjek Reka Bentuk dan Teknologi ini. Pelbagai input yang saya perolehi ketika saya mempelajarinya terutamanya bagaimana cara untuk menggunakan teknologi terkini selari dengan pendidikan. Subjek ini juga, dapat menarik minat dan dapat mempelbagaikan kaedah mengajar kepada guru. Bahkan, saya juga didedahkan dengan beberapa model antaranya ialah Model ADDIE dan Model ASSURE. Kedua model ini sangat membantu saya dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran kelak. Syukran Jazilan🌷






NUR SAFINAZ SHAFIE (4151004771)

Assalammu'aalaikum & Salam 1 Malaysia,
Saya mengucapkan sepenuh penghargaan kepada pensyarah Reka Bentuk Pengajaran & Teknologi Pendidikan yang telah banyak membantu saya sepanjang proses tugasan ini disiapkan. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada beliau dan juga rakan-rakan saya yang telah banyak mencetuskan idea kepada saya sepanjang proses penyiapan tugasan ini. Secara keseluruhannya yang saya dapati, reka bentuk pengajaran adalah satu disiplin dalam pendidikan yang memberikan tumpuan kepada memberikan kefahaman terhadap proses pengajaran dan cara-cara meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Pengetahuan luas dalam kaedah pengajaran akan membantu guru menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam pengajaran. Reka bentuk pengajaran dapat membantu proses pembelajaran untuk individu, kumpulan kecil atau kumpulan besar. Guru yang masuk ke kelas tanpa menyedia dan merancang pengajaran akan kehilangan pengajarannya dan dalam beberapa keadaan tidak dapat menilai apa yang telah diajarnya. Saya berharap, dengan ilmu yang saya telah pelajari ini menjadi panduan buat diri sendiri sekiranya menceburi bidang Pendidikan terutamanya mampu digunapakai sebaiknya.





AINATUN MAHIRA BINTI AZAMI (4151005161)

Saya panjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan taufik dan hidayah-Nya juga saya dapat meneruskan kuliah saya bagi kursus Reka Bentuk Teknologi. Tajuk ini mengandungi huraian konsep reka bentuk pengajaran. Setelah mempelajari tajuk ini, saya dapat memahami konsep sebenar reka bentuk pengajaran. Reka bentuk pengajaran bermaksud suatu proses sistematik untuk mereka bentuk, membangun, melaksana dan menilai pengajaran. Tujuan utama reka bentuk pengajaran adalah untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan bagi membolehkan pelajar memperoleh kemahiran, pengetahuan dan sikap yang diharapkan serta digemari oleh pelajar. Saya berasa teruja apabila mempelajari topik ini, kerana saya dapat mengetahui 2 model reka bentuk pengajaran yang biasa digunakan dalam proses pemilihan dan penghasilan media iaitu Model ASSURE dan ADDIE. Guru perlu kreatif mencipta idea-idea baru bagi menarik minat dan citarasa pelajar masa kini yang rata-ratanya cenderung dalam teknologi-teknologi baru. Oleh yang demikian, guru perlu memantapkan diri, mempelajari dan mempraktikkan kemahiran tersebut seiring dengan minat pelajar masa kini yang lebih moden. Hasil kemajuan negara haruslah seiring dengan profesyen perguruan masa kini bagi melahirkan pelajar-pelajar yang berilmu, dan cemerlang dari pelbagai sudut. Saya dapat memahami dengan baik topik ini dan akan cuba mempraktikkan ilmu ini apabila saya sudah bergelar seorang guru suatu hari nanti. Terima kasih tak terhingga saya ucapkan kepada pensyarah saya, Encik Khairul selaku pensyarah bagi kursus ini yang telah memberi nasihat dan tunjuk ajar dalam menyempurnakan tugasan ini. Tidak ketinggalan terima kasih juga kepada rakan-rakan yang sama-sama membantu dalam memberikan kefahaman kepada saya bagi topik ini. Sekian, terima kasih.














Kemahiran Keibubapaan (Tingkatan 5)